← Back to list
Kementerian Pendidikan disaran kaji semula cadangan guna gajet di sekolah.
Sep 10, 2018
Kementerian Pendidikan disaran untuk kaji semula cadangan penggunaan gajet di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Foto: Berita Harian
Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat berkata kementerian perlu sediakan garis panduan agar gajet itu tidak disalahguna oleh pelajar.
Tambahnya, kerajaan Perancis telah mansuhkan penggunaan gajet di sekolah kerana banyak kesan buruk seperti kurang tumpuan dalam kelas dan gejala buli.
PDRM terima laporan individu rakam bawah kain wanita di kedai cermin mata.
PDRM sahkan pihaknya terima laporan berhubung kes pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merakam bawah kain seorang wanita di kedai cermin mata.
Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak viralkan video rakaman CCTV tersebut kerana ianya masih dalam siasatan.
Bajet 2019 sangat berhemah.
Perdana Menteri beri bayangan bajet 2019 yang bakal dibentangkan pada 2 November ini sangat berhemah.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ia ekoran keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan pada ketika ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather