← Back to list
Kasut hitam sekolah sepenuhnya mulai 2021
Oct 13, 2018
Kasut hitam sekolah sepenuhnya mulai 2021
Foto - Bernama
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh lebih lima juta murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Kementerian Pendidikan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan.
Dalam tempoh peralihan itu katanya, murid masih dibenarkan untuk memakai kasut putih.
-----
Kedah nafi Muhkriz akan lepas jawatan Menteri Besar
Foto - Astro Awani
Kerajaan negeri Kedah nafi mesej viral yang mendakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didiagnosis menghidap kanser pankreas.
Sehingga kini, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar juga berkata mesej yang mula tersebar sejak Khamis lalu itu adalah fitnah, tidak benar dan bersifat nakal.
-----
Kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula
Foto - Kosmo!
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula.
Katanya, kajian dan semakan semula dasar itu merangkumi penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat.
Namun, kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather