← Back to list
Proses penamaan calon PRU14 di seluruh negara berjalan lancar
Apr 28, 2018
Majoriti kerusi pada PRU 14 dijangka menyaksikan pertandingan 3 atau 4 penjuru!
Ini selepas ramai calon menghantar borang pencalonan merebut parlimen dan DUN ketika sesi penamaan calon yang berakhir 10 pagi tadi.
Antara calon yang terawal hadir ke pusat penamaan calon ialah, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bagi parlimen Pekan.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula hantar borang pencalonan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk untuk pertahan Parlimen Bagan Datuk.
Di pihak Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad hantar borang pencalonan untuk bersaing di kerusi Parlimen Langkawi.
Bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berbuat demikian di Kompleks Sukan Pagoh untuk bertanding Parlimen Pagoh.
Parlimen Pandan, Selangor dijangka bakal menyaksikan saingan 5 penjuru antara calon PKR, PAS, BN dan 2 Bebas.
Selebriti kontroversi, Azwan Ali menghantar kertas pencalonan untuk bertanding di DUN Bukit Antabarangsa , melawan abangya - MB Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
DPI, calon BN Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman berdepan saat cemas apabila watikah pelantikannya tidak disertakan bersama dokumen penyerahan borang pencalonan.
Namun, beliau dilapor berjaya perolehnya dalam tempoh berbaki 20 minit sebelum tamat masa penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi.
Calon BN, Khairy Jamaluddin hantar borang pencalonan di Dewan Seri Rembau untuk bertanding Parlimen Rembau.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah pula hantar kertas pencalonan untuk pertama kali bertanding merebut kerusi tradisi keluarganya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. .
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather