← Back to list
Pertarungan 3 penjuru pada PRK DUN Sungai Kandis dan Isu Kasut Sekolah Hitam
Jul 21, 2018
Pertarungan 3 penjuru pada PRK DUN Sungai Kandis
Foto - AWANI
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Bebas.
SPR mengesahkan, Datuk Lokman Adam bertanding sebagai calon BN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili calon PKR manakala calon Bebas ditandingi Murthy a/l Krishansamy.
PRK DUN Sungai Kandis akan berlangsung pada 4 Ogos depan susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu.
Dr Maszlee Malik nafi hasil jualan kasut sekolah hitam disalur ke Tabung Harapan
Foto - Malay Mail
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik nafi kononnya hasil jualan kasut hitam pelajar sekolah akan disalurkan kepada Tabung Harapan Negara.
Tegas Dr Maszlee, beliau tidak pernah keluarkan kenyataan sedimikian seperti dalam poster yang tersebar di laman sosial.
Kelmarin, Dr Maszlee berkata, kementerian akan membenarkan semua pelajar sekolah dan menengah memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun depan.
Kakitangan JASA boleh manarik nafas lega
Semua kakitangan JASA akan diserap ke dalam agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam pelbagai jawatan.
Bagaimanapun KKM berkata proses itu masih di peringkat perbincangan dan akan dilaksanakan selepas penyelarasan dibuat.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei lalu mengumumkan pembubaran Jasa sebagai langkah penjimatan kerajaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather