← Back to list
Barangan elektrik murah, punca utama kebakaran.
Nov 11, 2018
Sistem demokrasi akan dipulihkan kembali!
Foto - Astro Awani
Kerajaan PH janji akan pulihkan kembali sistem demokrasi dan kembalikan keyakinan rakyat.
Ujar PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, PH pegang prinsip untuk asing kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, tida lagi seperti yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu.
Beliau juga tegaskan, tiada jawatan tertinggi kerajaan akan ditawar kepada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baru menyertai BERSATU.
Tun M berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan Bersatu Kelantan semalam.
---
JPJ keluarkan 63 ribu saman sejak September!
Foto - Astro Awani
Sejak 1 September lalu, lebih 63 ribu saman dikeluarkan JPJ menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik, Awas di seluruh negara.
Majoriti saman libat kesalahan memandu melebihi had laju diikuti langgar lampu isyarat merah.
---
Barangan elektrik perlu ada kelulusan SIRIM!
Barang elektrik tak lulus SIRIM menjadi antara punca utama kebakaran di seluruh negara tahun lepas.
Foto - Astro Awani
Menurut bomba, kebanyakan mangsa yang terlibat dengan kebakaran tersebut didapati pilih peralatan elektrik tidak selamat kerana harganya yang lebih murah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather