← Back to list
Yang Dipertua Dewan Negara Saman Menteri Pengangkutan
Nov 19, 2018
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran akan kemukakan saman terhadap Menteri Pengangkutan, kerana memfitnahnya melanggar peraturan keselamatan KLIA.
Tegasnya, saman itu dikemukakan untuk pertahankan maruah keluarganya yang dihina dengan kata-kata kurang sopan di media sosial akibat difitnah Anthony Loke.
Tambah Vigneswaran, Anthony tidak berlaku adil kerana buat pengadilan melalui media.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan itu mendakwa Vigneswaran melanggar peraturan di KLIA, dengan memakai selipar masuk ke bilik VIP, serta tidak melalui prosedur pemeriksaan badan.
Boy Tiger Direman Seminggu Lagi
Tempoh reman terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Boy Tiger dilanjutkan seminggu lagi bagi bantu siasatan kes dera seorang budak berusia tiga tahun hingga maut.
Manakala isterinya turut direman tiga hari lagi mulai esok, berhubung kes yang sama.
Suspek ditahan Isnin lalu di Hospital Kajang, semasa melawat isterinya yang baru melahirkan seorang bayi.
Dr S Streram Pertahan Diri Jadi Calon Dun Rantau
Bekas calon DUN Rantau, Dr S Streram berpendapat tidak adil jika namanya tidak dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi itu.
Katanya kepada NST, dia sudah berkhidmat dan bekerja untuk penduduk Rantau sejak beberapa lalu.
Kemenangan Datuk Seri Mohammad Hasan di kerusi Dun Rantau dibatalkan oleh Mahkamah Jumaat lalu, memberi laluan kepada PRK di kawasan itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather