← Back to list
Jangan salah faham maksud 'bergabung' antara UMNO dan PAS.
Nov 22, 2018
UMNO dan PAS bukan bergabung parti!
Foto - Astro Awani
Pelawaan kepada PAS untuk bergabung dengan UMNO bukanlah bermaksud bergabung parti!
Jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, bergabung yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO baru-baru ini adalah bergabung tenaga dan kerjasama.
Ia bagi menjawab kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang selar Datuk Seri Dr Ahmad Zahir Hamidi yang dianggap tidak memikirkan perasaan parti komponen BN yang lain.
Sementara itu, antara gabungan kerjasama yang dimaksudkan UMNO adalah perhimpunan mega bantah ratifikasi ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini.
PAS dalam kenyataannya pula memaklumkan, perhimpunan itu diteruskan sebab tiada pendirian tegas daripada pihak kerajaan untuk menolak konvensyen itu.
---
Patuhi undang-undang ketika perhimpunan bantah ICERD!
Foto - Astro Awani
Orang ramai dinasihat tidak melampaui batas dalam menyuarakan bantahan terhadap isu ICERD.
Kata Ketua Polis Negara, walaupun rakyat berhak dan bebas menyatakan pendirian tapi ia perlu selaras dengan undang-undang.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga minta pihak yang mahu mengadakan perhimpunan bantah ICERD agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Foto - Astro Awani
Sementara itu, perhimpunan mega bantah ratifikasi ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini akan diteruskan!
Ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia kerana tiada pendirian tegas daripada pihak kerajaan untuk menolak konvensyen itu.
Dalam perkembangan berkaitan, DUN Pahang semalam sebulat suara meluluskan usul tergempar tolak ratifikasi ICERD.
---
Vape dan shisha bernikotin termasuk akta larangan merokok!
Foto - Astro Awani
Vape dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun depan.
Jelas Kementerian Kesihatan, sebabnya peraturan jelas menyatakan rokok dan hasil tembakau yang mengandungi nikotin termaktub dalam larangan.
Bermula 1 Januari nanti, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua premis makanan termasuk restoran dan warung berkonsep terbuka.
Mereka yang ingkar akan berdepan denda sehingga 10 ribu ringgit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather