← Back to list
Pekerja OKU Dalam Sektor Awam Masih Rendah
Nov 21, 2018
Jumlah OKU yang bekerja dalam sektor awam masih belum capai sasaran.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, terdapat kira-kira 0.3% OKU daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta penjawat awam.
Jumlah itu kecil kerana terdapat masalah di pihak agensi dan jabatan untuk cari padanan dan kesesuaian untuk menempatkan pegawai OKU.
Rata-rata OKU bekerja dibahagian jawatan perkeranian, kewangan atau IT berbanding bahagian penguatkuasaan ekoran pergerakan yang terbatas.
Pakistan Minat Belajar Cara Pentadbiran Malaysia
Pakistan ingin belajar daripada Malaysia untuk pelbagai perkara termasuk dalam membangunkan sektor ekonomi negaranya.
Menurut Perdana Menterinya, Imran Khan antara perkara yang ingin dipelajari adalah berhubung urus tadbir hutang negara, pencegahan rasuah serta pelancongan.
Perdana Menteri Pakistan itu berada di Malaysia sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini.
57,000 Pemaustatin Tetap Jadi Rakyat Malaysia
Lebih 57 ribu pemaustatin tetap telah menerima kerakyatan Malaysia sejak 2008 hingga September lalu.
Setiap permohonan diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk memenuhi tempoh pemaustatin pemegang kad MyPR.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, pemohon yang berjaya perlu mengangkat sumpah di JPN, sebelum diberikan sijil kewarganegaraan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather