← Back to list
Akta Pembaziran Makanan akan digubal selepas kajian mengenainya dibuat.
Dec 03, 2018
Secara purata seorang rakyat Malaysia buang hampir satu kilogram makanan setiap hari!
Foto: Berita Harian
Justeru, kerajaan kini membuat kajian teliti berkenaan penubuhan Akta Pembaziran Makanan.
Ia menandakan kerajaan serius mahu bendung tabiat pembaziran makanan dalam kalangan rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa Perhimpunan Tolak ICERD tidak diteruskan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin terbaru menggesa agar Perhimpunan Tolak ICERD Sabtu ini TIDAK diteruskan!
Foto: Mstar
Anwar menyifatkan tindakan UMNO dan PAS yang tetap mahu meneruskannya walaupun kerajaan sudah memutuskan untuk tidak meratifikasi ICERD, sebagai janggal.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap kedua-dua parti pembangkang itu memikirkan kesan perhimpunan itu lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan isu sensitiviti.
Terdahulu, Mufti Perak dan Mufti Kelantan turut buat gesaan sama memandangkang situasi agak tegang ketika ini.
Muhammad Adib kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.
Anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Isnin lalu kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.
Foto: The Star
Namun ujar Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Muhammad Hamdan Wahid mesin sokongan masih terus digunakan pada bahagian paru-parunya.
Keadaan mangsa masih kritikal namun stabil.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather