← Back to list
Kerajaan Selangor Tanggung Rugi Skim Air Percuma Diteruskan
Dec 05, 2018
Kerajaan Selangor akan menanggung kos yang tinggi jika skim pemberian air percuma diteruskan kepada semua golongan.
Menurut Menteri Besar, Amirudin Shari kerajaan negeri memperuntukkan RM1.6 billion sejak ia diperkenalkan 2008 sehingga Oktober tahun ini.
Tambahnya, peruntukan itu meningkat setiap tahun disebabkan peningkatan penduduk di Selangor.
Kad Subsidi Bahan Api Akan Diluaskan Untuk Barangan Subsidi Lain
Kerajaan sedang mengkaji untuk meluaskan peranan kad subsidi yang diberikan untuk bahan api.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ia bagi merangkumi subsidi lain seperti minyak masak, tepung dan gas memasak.
Namun jelasnya, sebelum berbuat demikan, ia perlu pastikan kelancaran pelaksanaan kad tersebut.
Bekas Ketua Audit Negara Di Panggil SPRM
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir ke SPRM Putajaya bagi beri keterangan.
Beliau dipercayai beri keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akkhir Pengauditan 1MDB.
Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut hadir beri keterangan di SPRM berhubung kes yang sama.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather