← Back to list
Buku Teks Digital Akan Diperkenal 2022
Dec 06, 2018
Kementerian Pendidikan sasar untuk gunakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah menjelang 2022.
Jelasnya, pada tahun hadapan pihaknya bercadang mewujudkan buku teks digital untuk tingkatan 1, 2 dan 3.
Tambahnya, penggunaan buku teks digital amat perlu bagi mengurangkan penggunaan kertas serta meringankan beg pelajar.
Presiden PKR Hantar Notis Kepada Perdana Menteri Dan Menteri Pendidikan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hubungi segera Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan berhubung keresahan peminjam PTPTN.
Beliau akan meminta pertimbangan agar pembayaran balik pinjaman PTPTN, dikaji semula.
Terdahulu, PTPTN umumkan pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual bermula Januari 2019.
Majikan Tiada Hak Potong Gaji Sesuka Hati Untuk Bayar PTPTN
Majikan tidak berhak memotong secara terus gaji pekerja untuk membayar pinjaman PTPTN.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, tiada undang-undang yang membolehkan majikan berbuat demikan tanpa persetujuan.
Tambahnya, potongan gaji berjadual hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat pindaan kepada Akta PTPTN sedia ada.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather