← Back to list
Tiada kompromi terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.
Dec 26, 2018
Keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia ketika ini tidak wajar diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan dan keharmonian negara.
Datuk Seri Dr Wan Azizah juga menyeru rakyat agar menunjukkan kepada dunia bahawa perpaduan dalam kepelbagaian adalah salah satu mercu tanda Malaysia.
5,000 orang hadiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Allahyarham Adib.
Kira-kira 5,000 orang hadir ke perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib.
Perhimpunan yang berlangsung secara aman itu juga menuntut suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera agar siasatan yang telus dapat dijalankan.
Peserta perhimpunan terlebih dahulu menunaikan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Adib sebelum berarak ke Dataran Seni Klang.
Tidak puas hati jadi punca pergaduhan.
Punca pergaduhan antara pekerja 'R and R Gambang' dengan seorang pemandu bas ekspres yang videonya viral adalah disebabkan rasa tidak puas hati.
Foto: Utusan
Polis Kuantan berkata pihaknya sudah kenal pasti individu yang terlibat dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather