← Back to list
Vape Punca Pesawat Terbakar
Jan 08, 2019
Punca kebakaran sebuah pesawat sejurus mendarat di sebuah lapangan terbang di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini disahkan disebabkan vape atau e-rokok.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan terlibat, kebakaran kecil itu berlaku akibat peranti itu tiba-tiba panas namun kru pesawat berjaya memadamkannya.
Semua 138 penumpang dan 6 anak kapal terselamat dalam insiden terbabit.
Amerika Syarikat membenarkan vape dibawa dalam pesawat, namun melarangnya diletakkan dalam bagasi yang didaftar masuk.
Vape biasanya dikuasakan oleh bateri lithium yang boleh terbakar sendiri jika terdedah suhu panas ada ada kecacatan pembuatan.
Oleh: Joen Hamzah
*sumber: USA Today
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather