← Back to list
KPM Jawab Isu Gambar Buku Teks
Jan 16, 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia akan segera membetulkan infografik pada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3.
Ia susulan halaman 67 dalam buku teks itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung 'penjagaan kehormatan anggota seksual.'
Ralat akan dibuat dalam bentuk 'QR Code' esok untuk makluman guru, murid dan ibu bapa.
Manakala ralat dalam bentuk pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah mulai 29 Januari ini.
Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Foto: Facebook Timbalan Menteri Pendidikan
Oleh: Joen Hamzah
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather