← Back to list
Rangkuman Berita Pilihan Hari Ini
Jan 20, 2019
Satu rakaman klip video papar beberapa individu penting dalam institusi kehakiman dan perundangan negara menari bersama dalam satu majlis makan malam kini tular.
Antara yang kelihatan adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan peguam kontroversi, Siti Kasim.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang turut berada dalam majlis tersebut tampil beri penjelasan.
Kata beliau, majlis itu bukan diadakan untuk suka-suka dan mereka menari hanya untuk satu lagu.
-
Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor serah kepada Majlis Agama Islam untuk menentukan tindakan ke atas seorang anggotanya yang didapati guna tangkal.
Menurut persatuan itu, ia isu serius dan pihaknya sedia beri kerjasama membantu siasatan jika diperlukan.
Difahamkan, restoran itu guna lebih 30 tangkal dan azimat sebagai 'pelaris' selepas dikatakan rugi susulan penguat kuasaan larangan merokok di semua premis makanan.
-
Polis tahan 3 lelaki yang dipercayai ugut mahu perkosa dan bunuh jiran mereka dalam kejadian di Kulim, Kedah.
Suspek yang mabuk semasa kejadian dilapor bertindak demikian ekoran berang ditegur kerana parkir kenderaan di depan rumah mangsa.
-
Bali akan perkenal cukai pelancongan AS$10 (RM41.13) kepada setiap pelawat asing bagi tampung perbelanjaan program melindungi alam sekitar dan kebudayaannya.
-
Lan Solo akui dia memang sudah menyekat kesemua anggota kumpulan Kristal daripada Instagramnya.
Jelas bekas vokalis Kristal itu kepada Astro Gempak, dia berbuat demikian bukan untuk cari gaduh tapi nak hindar perkara negatif.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather