← Back to list
SPR terima laporan ada pihak langgar etika berkempen PRK Cameron Highlands.
Jan 22, 2019
Ada pihak langgar etika berkempen PRK Cameron Highlands!
SPR terima laporan bahawa terdapat pihak yang bertanding pada PRK Cameron Highlands melanggar etika berkempen!
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata antara laporan yang diterima termasuk penggunaan aset kerajaan dan menjamu pengundi makan serta memberi hadiah dan barangan ketika berkempen.
Jelasnya jika disabitkan kesalahan, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Cameron Highlands, Ashari Abu Samah akui pihaknya terima 17 laporan sepanjang 10 hari tempoh berkempen!
Undian awal PRK Cameron Highlands akan berlangsung hari ini manakala proses pembuangan undi biasa pula dijadual Sabtu ini.
---
Operasi keluarkan SUV dimulakan petang ini!
Operasi mengeluarkan kenderaan SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang akan dilakukan petang ini!
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia, operasi akan dimulakan jam 3 petang ekoran keadaan air yang dijangka lebih tenang berdasarkan jadual pasang surut air laut.
Sementara itu, Polis Marin akui hadapi kesukaran mengeluarkan kenderaan tersebut dalam operasi semalam.
Komander Polis Marin Wilayah 1, Rosman Ismail berkata kesukaran yang dihadapi termasuk arus kuat dan jarak penglihatan dalam air yang terhad.
Ini merupakan insiden ke-5 kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang sejak tahun 2010.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather