← Back to list
PDRM akan bincang dengan syarikat penerbangan untuk atasi kes seludup dadah.
Jan 31, 2019
PDRM akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk tangani kes penyeludupan dadah.
Ini kerana kes penyeludupan dadah membabitkan rakyat Malaysia ke luar negara, kebanyakannya orang muda dan kakitangan syarikat penerbangan.
Foto: Berita Harian
Terbaru, lapan warga Malaysia ditahan dan didakwa cuba seludup syabu bernilai lebih RM160 juta ke Korea Selatan.
Permohonan pihak kuil untuk jadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues Muhammad Adib gagal.
Mahkamah tolak permohonan 50 penganut Hindu dan jawatankuasa menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman untuk jadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib.
Keputusan itu dibuat kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai kepentingan yang nyata dan munasabah.
Pelajar maut disebabkan denggi, bukannya dipukul pelajar lain.
Polis sahkan, pelajar lelaki berusia 13 tahun yang meninggal dunia di Masjid Tanah Ahad lalu, disebabkan demam denggi berdarah.
Kesimpulan itu dibuat selepas bedah siasat mendapati pelajar itu mempunyai tanda diserang penyakit terbabit.
Terdahulu, kes itu viral di media sosial selepas bapa mangsa buat laporan polis, mendakwa pelajar itu meninggal dunia akibat dipukul pelajar lain.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather