← Back to list
Pergerakan Wanita PKR gesa kerajaan wujudkan undang-undang khusus keganasan wanita!
Feb 03, 2019
Undang-undang khusus keganasan terhadap wanita perlu diwujudkan!
Kerajaan digesa wujudkan undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita termasuk berkaitan gangguan seksual!
Ketua Pergerakan Wanita PKR berkata apa yang ada kini hanyalah garis panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja dan ianya tidak memadai.
Tambahnya ekoran tiada undang-undang khusus tersebut, kebanyakan mangsa ambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja.
---
Buat rayuan jika tidak layak terima bantuan RMT
Ibu bapa yang anak mereka tidak layak terima Rancangan Makanan Tambahan tetapi merasakan tidak mampu, dinasihat buat rayuan ke pihak sekolah!
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya berkata Jawatankuasa RMT akan beri pertimbangan khas terhadap rayuan yang dikemukakan.
Dalam perkembangan lain, kementerian telah peruntukkan 100 juta ringgit bagi pembangunan semula lebih 30 buah sekolah di Sarawak, pada tahun ini.
---
Pembatalan larangan merokok di premis makanan tidak benar!
Dakwaan di media sosial kononnya larangan merokok di premis makanan dibatalkan adalah tidak benar!
Kementerian Kesihatan berkata tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini.
Sebaliknya, penguatkuasaan sepenuhnya larangan tersebut akan berkuatkuasa Julai nanti.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather