← Back to list
Kerusi DUN Rantau sah kosong!
Feb 18, 2019
Foto - mStarOnline
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Hassan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau pada PRU14 adalah terbatal dan tidak sah.
Ini berikutan petisyen difailkan calon PKR, Dr. S. Streram pada 23 Mei 2018 untuk mencabar pengisytiharan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hassan yang dibuat SPR.
Foto - malaysiakini
Datuk Seri Mohamad menang tanpa bertanding kerusi DUN itu di PRU 14, selepas Dr. S. Streram tidak dibenar menyerahkan borang pencalonannya pada hari penamaan calon.
Serentak itu, mahmakah mengarahkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan di DUN Rantau dalam tempoh 30 hari.
Foto - Astro Awani
"Saya menghormati keputusan dibuat dan sudah lama bersedia untuk PRK diadakan.
"Jadi, saya terima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka. Kita menghormati undang-undang," katanya sejurus keputusan kes berkenaan.
Foto - Astro Awani
Ini merupakan Pilihan Raya Kecil ketujuh yang akan diadakan dalam tempoh tidak sampai setahun Pakatan Harapan menerajui kerajaan.
Daripada jumlah itu, empat PRK dimenangi calon Pakatan Harapan di Sungai Kandis (PKR), Seri Setia (PKR), Balakong (DAP) dan Port Dickson (PKR), BN menang di Cameron Highlands manakala PRK Semenyih akan berlangsung pada 2 Mac ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather