← Back to list
Cadangan untuk turunkan had umur mengundi akan dibawa ke sesi Parlimen, Mac ini.
Feb 20, 2019
Menteri Belia dan Sukan bercadang bawa usul turunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada sesi parlimen Mac ini.
Menurut Syed Saddiq Syed Abd Rahman, pihaknya masih teruskan perbincangan dengan SPR berhubung pindaan itu.
Dalam pada itu, beliau juga akan mengusulkan penurunan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.
Jangan hina agama dan raja di media sosial!
Orang ramai terus diingatkan untuk elak daripada menghina mana mana agama dan raja di media sosial.
Jelas Menteri Dalam Negeri, ia bukan perkara kecil dan amaran mengenainya telah lama dikeluarkan oleh kerajaan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas polis tahan seorang lelaki warga emas di Temerloh yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W di Facebooknya.
Peka dengan keadaan sekeliling demi keselamatan anda.
Orang ramai seharusnya tidak menggunakan telefon pintar ketika berada di dalam lif demi keselamatan mereka.
Aktivis Keselamatan, Kapten K. Balasupramaniam beritahu kami, ini membolehkan mereka lebih peka terhadap keadaan sekeliling jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka.
Beliau berkata demikian selepas seorang wanita diserang dalam lif sebuah stesen MRT yang rakaman videonya viral baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather