← Back to list
6 stesen MRT dikesan sebagai kawasan 'hotspot' berlakunya jenayah.
Feb 21, 2019
Enam stesen MRT telah dikesan sebagai kawasan yang sering berlakunya jenayah.
Justeru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan di lokasi tersebut untuk menjamin keselamatan pengguna.
Antara lokasi yang berisiko tinggi adalah stesen Taman Mutiara Cheras, Batu 11, Bukit Bintang, Maluri, Kajang dan Pertama Cheras.
Ia susulan kes samun dan pukul seorang wanita di dalam lif stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, minggu lalu.
Pengundi boleh pakai baju yang tertera slogan di pusat pengundian.
Pengundi yang memasuki pusat mengundi bagi mana-mana pilihanraya dibenarkan untuk pakai baju atau bawa masuk bahan yang tertera slogan.
Foto: Kosmo
Namun, tegas SPR, ia tidak boleh berbaur hasutan, provokasi atau sentuh sensitiviti kaum yang menggugat keharmonian dan ganggu kelancaran proses pengundian.
Budak 3 tahun maut dirempuh kereta yang berundur.
Seorang kanak-kanak, 3 tahun maut apabila dirempuh oleh sebuah kereta yang tiba-tiba berundur laju di kediamannya di Tanjung Tokong.
Polis Pulau Pinang berkata pemandu kereta terbabit dikatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak ketika mahu berundur.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather