← Back to list
Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah!
Feb 26, 2019
Tiada suntikan, tidak boleh ke sekolah!
Itu saranan Persatuan Doktor Islam Malaysia dalam usaha memastikan rakyat negara ini dapat suntikan vaksin imunisasi.
Jelasnya, ia juga antara gesaan buat ibu bapa yang enggan benarkan anak mereka terima suntikan itu hingga menyebabkan berlaku kes kematian, baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 230 bayi di Terengganu dikesan tidak terima suntikan vaksin tahun lalu kerana tidak dibenarkan oleh ibu bapa.
Berhati-hati lakukan aktiviti luar ekoran cuaca panas ketika ini.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati melakukan aktiviti luar ekoran cuaca panas ketika ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata mereka juga disaran agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan terus peka dengan amaran cuaca terkini.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Perak nasihatkan semua sekolah di negeri itu agar kurangkan aktiviti luar kelas bagi elak pelajar terdedah dengan risiko strok haba.
Antara kawasan yang catat suhu purata paling tinggi dalam tempoh 3 hari lalu termasuklah Kuala Kangsar - Perak, Sik - Kedah, Muar -Johor, dan Kepong-KL.
Tabung Haji masih di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Dakwaan kononnyaTabung Haji kini diletakkan di bawah Kementeri Kewangan adalah palsu!
Jelas Jabatan Perdana Menteri, apa yang berlaku adalah hanya aset-aset TH yang tidak menguntungkan dipindah ke syarikat tujuan khas milik kerajaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather