← Back to list
Anggaran Masa Enam Bulan Ambil Alih Tol Di Lembah Klang
Feb 26, 2019
Kerajaan dijangka ambil alih pengurusan empat lebuh raya bertol di Lembah Klang, dalam masa 6 bulan.
Kementerian Kewangan berkata pengguna akan nikmati penjimatan sehingga 180 juta ringgit setahun susulan pengambilan itu.
Ia juga dijangka mampu kurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
MINDEF Buat Laporan Polis!
Pejabat Menteri Pertahanan buat laporan polis berhubung dua surat palsu berkaitan perolehan kontrak pembekalan perabot dan perkhidmatan bas.
Ia dibuat bagi mengelak sebarang kesan negatif daripada pemalsuan serta salah guna nama menteri dan kementerian.
Terdahulu, terdapat satu surat memohon sokongan khas daripada Menteri Pertahanan berkaitan pembekalan perabot mencecah 3 juta ringgit kepada Angkatan Tentera Malaysia.
JPA Lancar Waktu Bekerja Fleksi
Bermula 1 Mac ini, pegawai kerajaan boleh mulakan tugas pada bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi menerusi projek rintis Waktu Bekerja Fleksi.
Mereka boleh pulang ke rumah selepas lengkapkan waktu bekerja sehari iaitu selama sembilan jam termasuk waktu rejhat sejam.
Bagaimanapun, projek rintis WBF ini tidak terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather