← Back to list
JPJ Nafi Berlaku Insiden Pertengkaran Di Kaunter Miliknya
Feb 27, 2019
JPJ tegaskan insiden pertengkaran yang berlaku di kaunter perkhidmatan kerajaan, yang menjadi viral baru-baru ini, tiada kaitan dengan agensinya.
Hasil siasatannya mendapati kejadian itu tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ, sebagaimana diuar-uarkan dalam media sosial.
Video berkenaan menunjukkan lelaki mengamuk, kerana selepas empat jam menunggu, dia diarahkan datang semula kerana telah sampai waktu rehat.
Pengusaha Feri Penumpang Jom Kita Jumpa!
Jabatan Bomba Kedah berkata tiada pengusaha feri pernah cuba dapatkan khidmat nasihat pihaknya, mengenai prosedur menyelamat dan memadam kebakaran.
Malah bomba juga difahamkan, agensi terbabit tidak mempunyai kelengkapan untuk berbuat demikian.
Oleh itu, pihaknya gesa pengusaha feri supaya segera berbuat demikian, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Isnin lalu, lebih 50 penumpang berjaya diselamatkan selepas sebuah feri terbakar ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis.
PAS Bagi Laluan Kepada Calon BN
PAS Negeri Sembilan umum tidak akan bertanding di Pilihan Raya Kecil Dun Rantau.
Sebaliknya, parti itu akan beri sokongan dan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk PRK itu.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan istiharkan kekosongan kerusi Dun Rantau dan membatalkan kemenangan Datuk Seri Mohamad.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather