← Back to list
Kelas Teori Memandu Perlu Diserap Dalam Kurikulum Sekolah
Feb 28, 2019
Kementerian Pengangkutan cadangkan agar kelas teori kursus memandu diserap dalam subjek kurikulum sekolah.
Ia dilihat lebih praktikal, berbanding duduk selama enam jam di pusat latihan memandu, untuk memahami semua undang-undang.
Bagaimanapun jika ia dilaksanakan, ujian untuk kelas teori berkenaan, masih perlu diduduki di pusat memandu.
Pemimpin PAS Dipanggil SPRM
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaaan beberapa orang pemimpin PAS terima wang 1MDB.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM namun beliau enggan mengulas lanjut.
Isnin lalu, SPRM sahkan tidak menemui sebarang kemasukan wang 90 juuta ringgit ke dalam akaun parti itu.
Feri Terbakar Di Perairan Langkawi Punca Dari Bilik Enjin
Jabatan Bomba sahkan, insiden kebakaran feri di perairan Langkawi Isnin lalu, bermula dari bilik enjin kenderaan terbabit.
Hasil siasatan lengkap mengenainya akan diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia dalam waktu terdekat.
Lebih 50 penumpang terselamat dalam kejadian tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather