← Back to list
Nak Beg Plastik Kena Bayar 20 Sen
Mar 11, 2019
Nak Beg Plastik Kena Bayar 20 Sen
Menuju negara maju dan lestari, mestilah Malaysia berusaha sungguh-sungguh jaga alam sekitar kan?
Jadi baru-baru ini Kementerian Wilayah Persekutuan umum penggunaan beg plastik biodegradasi juga akan dikenakan caj pencemaran 20 sen (sehelai) mulai Jumaat ini (15 Mac)
Ia bertujuan beri kesedaran kepada rakyat mengenai perbelanjaan kerajaan membersihkan pencemaran sisa plastik.
Barulah selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan juga inisiatif hijau.
Lagipun berdasarkan maklum balas, usaha mengurangkan penggunaan beg plastik tidak akan berjaya selagi ia masih disediakan kepada pengguna secara percuma.
Oktober lalu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim umum semua kerajaan negeri diberi tempoh 3 tahun untuk menguatkuasakan caj pencemaran.
Oh! Juga jangan lupa, larangan penggunaan straw plastik sudah bermula manakala penguatkuasaan ke atas yang ingkar akan bermula Januari depan.
Oleh: KJ
Sumber: AWANI & internet
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather