← Back to list
JAKIM Terima 10 Ribuan Aduan Provokasi Agama Islam Di Unit Pemantau
Mar 13, 2019
JAKIM terima kira-kira 10 ribu aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi Agama Islam selepas Unit Pemantau ditubuhakan minggu lalu.
Katanya, setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis untuk memastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, pihaknya akui risau kerana jumlah aduan yang diterima tinggi dan ia satu perkara yang tidak sihat.
Kerajaan Masih Fikirkan Cara Terbaik Pulihkan MAS
Kerajaan ada tiga pilihan untuk Malaysia Airlines berkenaan masa depan syarikat penerbangan negara itu.
Kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika ini kerajaan sedang buat pertimbangan sama ada mahu menutup, menjual atau menyuntik dana.
Ia susulan kerugian yang dialami Malaysia Airlines sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang kepada sebahagian besar susut nilai Khazanah.
Tiada Yang Mati!
Jabatan Kesihatan Johor sahkan tiada kematian berlaku susulan insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim-Kim.
Malah pihaknya turut menafikan tiada Amaran Merah dikeluarkan di Hospital Sultan Ismail, JB berkaitan dengan kejadian itu.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan berita palsu itu yang boleh timbulkan kerisauan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather