← Back to list
Pencemaran Toksik di Pasir Gudang: Sultan Johor Murka & Sedih
Mar 13, 2019
Murka dan kesal.
Itu luahan Sultan Johor terhadap kes pencemaran di Pasir Gudang akibat pembuangan bahan toksik ke dalam Sungai Kim Kim.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut melahirkan rasa sedih melihat ramai yang merana akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Sehubungan itu baginda menitahkan pihak berkuasa siasat secara menyeluruh insiden berkenaan, juga segera menangkap dan menghukum pelakunya.
Tak cukup dengan itu, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cetus dan tular perkara tidak benar mengenai kes tersebut.
Ada mendakwa kejadian itu sudah merekodkan kematian dan ada juga mendakwa pencemaran sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang.
Bagaimanapun pihak berkuasa dengan tegas menjelaskan, semua dakwaan itu yang kini tular adalah palsu!
Sementara itu, bilangan mangsa kes pencemaran terbabit meningkat kepada hampir 500 orang dengan ada daripadanya dirawat di ICU.
Namun angkanya mungkin lebih memandangkan ada 5 lagi sekolah diarahkan tutup sementara mulai hari ini, selepas 13 sekolah diarahkan berbuat demikian semalam.
Sekolah berkenaan hanya akan dibuka selepas pihak berkuasa dapati ia benar-benar selamat.
Orang ramai pula dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan terjejas sehinggalah kerja pembesihan selesai.
Oleh: KJ
Sumber: AWANI dan Facebok rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather