← Back to list
Kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim semakin kritikal.
Mar 13, 2019
34 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang diarah tutup serta-merta ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.
Pihak berkuasa jangkakan pencemaran itu akan merebak susulan kerja pembersihan belum selesai dan hujan menjadikannya lebih buruk.
Sebanyak lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang di sungai itu termasuk metana.
Sementara itu, seorang suspek kes buang sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dijangka didakwa di mahkamah esok.
Kerajaan berkata suspek mungkin akan dikenakan beberapa tuduhan memandangkan kesalahan yang dilakukan serius.
Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuhkan!
Namun, Jabatan Perdana Menteri berkata ia akan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah.
Ianya melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api.
Sebuah madrasah di Sungai Petani diarah tutup.
Sebuah madrasah di Sungai Petani, Kedah yang beroperasi secara haram telah diarahkan tutup Isnin lalu.
Madrasah itu disyaki mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma tanpa kebenaran termasuk melalui kiriman mesej di aplikasi Whatsapp.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather