← Back to list
Bencana Kim Kim: Hampir 400 masih dirawat di hospital
Mar 16, 2019
Foto - Astro Awani
Exco kesihatan negeri Johor berkata, 371 mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih berada di wad setakat tengah malam tadi.
Daripada jumlah itu, lapan pesakit masih di berada dalam unit rawatan rapi namun dilaporkan stabil.
Foto - Astro Awani
Kerajaan negeri Johor dalam pada itu menafikan terdapat kes kematian babitkan mangsa pencemaran sisa toksik, seperti yang viral di media sosial.
Orang ramai dinasihat agar tidak panik dan mudah percaya kepada berita-berita yang tidak dapat dipastikan sumber dan kesahihanya.
Foto - Astro Awani
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pula tubuhkan Jawatankuasa Saintifik bagi mengenal pasti pasti punca dan penyelesaian kepada pencemaran sisa kimia itu.
Ia turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar, Agensi Angkasa Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kimia Negeri Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, UTM dan Petronas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather