← Back to list
Tragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral
Mar 22, 2019
Tragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral
Sejak tragedi serangan terhadap 2 masjid di Christchurch, Jumaat lalu ramai berkongsi dan menjadikan imej daun paku-pakis perak sebagai tanda solidariti terhadap mangsa yang terkorban.
Penulis pun tidak ketinggalan turut menjadikan daun ini sebagai gambar profil di akaun laman sosial.
Paku-pakis perak ini memang sinonim dan jadi antara ikon New Zealand jadi tak hairanlah ia dijadikan pilihan.
Memang sekali pandang kelihatan seperti daun biasa tapi selepas dibelek betul-betul ia sebenarnya ada maksud mendalam dan penuh makna yang membuatkan sesiapa yang mengamatinya tersentuh hati.
Rupa-rupanya imej daun itu diilhamkan oleh seorang kartunis Australia, Pat Campbell yang turut bersolidariti dengan mangsa tragedi serangan.
Kata Campbell, dia pernah datang ke Christchurch beberapa kali dan ada kawan di sana. Dia amat menyenangi kota itu jadi tragedi tersebut turut memberi kesan kepadanya lalu dia memutuskan melukis daun yang penuh simbolik itu sebagai tanda simpati.
Menurut Campbell lagi, dia pada mulanya melukis daun itu sebanyak 49 helai dan setiap satunya memaparkan kedudukan dan posisi muslim yang sedang solat dan berdoa.
Namun dia kemudian ditambah menjadi 50 helai selepas seorang lagi mangsa yang cedera parah akibat serangan tersebut disahkan maut.
Indah dan menarik sungguh apabila dah tahu cerita di sebalik rekaan daun ini.
Jika direnung lebih mendalam, ia juga tanda masih wujud semangat kemanusiaan dan kasih sayang yang murni dan tinggi merentas agama, bangsa dan negara.
*PS Kalau rajin nanti cubalah Google pula apa maksud dan kaitan daun paku-pakis perak kepada New Zealand khasnya menurut legenda kaum Maori
Oleh: KJ
Rujukan dan penghargaan: Twitter Pat Campbell & internet
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather