← Back to list
Lebih 75,000 Terima Rebat Elektrik Setakat Ini
Mar 27, 2019
Lebih 75 ribu ketua isi rumah terima bantuan program rebat elektirk 40 ringgit setakat 11 Mac lalu.
Menurut kerajaan, kesemua yang menerima rebat itu tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-kasih.
Namun, ramai juga ketua isi rumah tidak menerima rebat ini kerana tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik dengan syarikat pembekal.
e-Papuh Banteras Agensi Umrah Tipu!
Persatuan Agensi Pelacongan Umrah dan Haji lancar aplikasi untuk membanteras penipuan jualan pakej umrah.
Aplikasi yang dinamakan e-Papuh itu, boleh membantu orang ramai memilih pakej umrah yang dijamin selamat.
Malah, e-Papuh turut membantu bandingkan harga pakej berpatutan bergantung kepada kemampuan.
SPR Edar Kad Pengundi Dun Rantau
SPR edar lebih 20 ribu kad pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Rantau yang akan berlangsung 13 April nanti.
Katanya, kad pengundi itu mengandungi maklumat berkaitan pusat mengundi, saluran serta masa mengundi.
Namun jelasnya, pengundi masih perlu bawa kad pengenalan ketika hari pengundian.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather