← Back to list
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak esok tidak akan disiarkan secara langsung!
Apr 02, 2019
Tidak akan ada siaran langsung untuk prosiding perbicaraan kes bekas PM, Datuk Seri Najib Razak!
Jelas Mahkamah Persekutuan, ini kerana kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiar secara langsung atau dirakam mana-mana media.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mohon untuk tangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC itu.
Bagaimanapun belum ada tarikh ditetapkan untuk pengurusan kes terbabit.
3 saksi dijadual beri keterangan pada hari pertama perbicaaran esok.
Bukan semua yang dilakukan negara lain boleh diikuti Malaysia!
PDRM membuat penegasan itu berkaitan cadangan pelbagai pihak agar ganja ditanam secara besar-besaran di negara ini untuk kegunaan perubatan.
Menurut Bukit Aman, walau atas apapun alasan, tanaman ganja tidak sesuai diusahakan secara mega sebab ia boleh jadi ancaman besar kepada kesejahteraan rakyat.
JAKIM meluluskan lebih 10,000 permohonan sijil halal Malaysia hingga Mac lalu.
Perkara itu dilihat sebagai satu perkembangan positif sekaligus ubah persepsi pelbagai pihak kononnya proses permohonan sijil halal JAKIM agak rumit.
Orang ramai dinasihatkan buat permohonan secara terus kepada JAKIM tanpa menggunakan pihak ketiga untuk caj permohonan yang lebih rendah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather