← Back to list
Negeri Sembilan turut akan terima manfaat jika projek ECRL diteruskan.
Apr 07, 2019
Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL mungkin akan ada perubahan jajaran jika ia diteruskan.
Menurut Kementerian Pengangkutan, jika ia jadi kenyataan, Negeri Sembilan juga akan turut terima manfaat daripada projek berkenaan.
Rundingan untuk meneruskan dan mengurangkan kos projek itu dengan pihak China masih berlangsung dan dijangka dimuktamadkan beberapa minggu lagi.
120 individu buat laporan polis berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim bulan lalu.
Menurut peguam yang mewakili mangsa, asas saman mereka adalah atas kecuaian pihak berkuasa dan pemilik kilang yang jadi dalang pencemaran tersebut.
Bencana pencemaran itu mengakibatkan ribuan penduduk terjejas dan semua institusi pendidikan di Pasir Gudang, Johor terpaksa ditutup sementara.
Bermula tahun ini, Tabung Haji hanya benarkan haji ditunaikan sekali sahaja!
Pihaknya memaklumkan Berita Harian, sejajar dengan peraturan baru tersebut individu yang sudah tunai haji tak boleh lagi mendaftar semula untuk pergi kali kedua.
Ia bertujuan beri peluang kepada 3.2 juta pendeposit yang berada dalam senarai menunggu giliran menunaikan ibadat itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather