← Back to list
BERSATU akan persembahkan nama calon MB Johor kepada Sultan Johor dalam masa terdekat.
Apr 11, 2019
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU akan persembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor dalam masa terdekat!
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilakukan sebaik peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian diperkenankan Sultan.
Semalam, nama Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri tiba-tiba mendapat perhatian selepas UMNO Johor mencadangkannya sebagai pengganti kepada Datuk Osman Sapian.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ketika era UMNO pada tahun 1986 hingga 1995.
Teka-teki mengapa Datuk Osman Sapian melepaskan jawatannya sebagai Menteri besar Johor akan diketahui Sabtu ini.
Jelas Datuk Osman, penjelasan mengenai perkara itu akan dibuat selepas beliau menghadap Sultan Johor.
Parlimen akan ambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak!
Ia sususulan tindakan beliau muat naik kandungan Kertas Putih FELDA berstatus 'embargo' di facebooknya, kelmarin!
Perdana Menteri berkata kerajaan pandang serius tindakan Ahli Parlimen Pekan itu kerana ia melanggar peraturan mesyuarat selain tidak menghormati Dewan Rakyat.
Laporan berstatus embargo bermaksud Ahli Parlimen dilarang membawa keluar, membocor dan menyiarkannya sebelum ia dibentangkan di parlimen.
Tulang manusia ditemui di UNITEN.
Tulang manusia dipercayai milik seorang wanita telah ditemui oleh seorang jururukur di sekitar kawasan Universiti Tenaga Nasional, Sepang.
Foto: Harian Metro
Polis berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan pihaknya tidak tolak kemungkinan tulang itu sudah berada di situ sejak setahun lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather