← Back to list
Pahang, Kelantan sambut baik langkah meneruskan projek ECRL
Apr 13, 2019
Foto - East Coast Rail Link
Pahang gembira dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk teruskan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL.
Pihaknya menganggap, kemajuan projek yang mencapai antara 13 hingga 14 peratus sebelum dihentikan tahun lalu sebagai membazir jika ia tidak diteruskan.
Foto - East Coast Rail Link
Kerajaan negeri Kelantan dalam pada itu turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan meneruskan pojek ECRL.
Pihaknya pada masa sama juga berharap, lima projek mega yang dikemukakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi bulan lepas tetap diteruskan.
Foto - East Coast Rail Link
Kerajaan semalam umumkan, projek ECRL diteruskan dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion namun tetap dibina dengan jajaran rel berkembar.
Laluannya bagaiamanapun dipendekkan 40 kilometer selain akan turut melalui Jelebu dan Kuala Klawang di Negeri Sembilan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather