← Back to list
Skim PeKa B40 bermula hari ini.
Apr 15, 2019
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 bermula hari ini.
Skim berkenaan beri fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta bantu individu berpendapatan rendah mendapatkan saringan dan rawatan kesihatan berkualiti.
Foto: NST
Penerima yang layak boleh jalani saringan kesihatan di klinik perubatan swasta umum yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40.
3 suspek kes periksa kereta peronda polis semasa PRK DUN Rantau ditahan.
Kementerian Dalam Negeri serah kepada polis untuk siasat kejadian sekumpulan lelaki dipercayai periksa sebuah kereta peronda pasukan keselamatan itu!
Setakat ini, tiga suspek telah ditahan dan dijangka akan direman hari ini.
Terdahulu, video kejadian itu viral di media sosial apabila suspek mengesyaki anggota polis tersebut membawa kertas undi PRK DUN Rantau Sabtu lalu.
Rombakan Exco Johor dan pengenalan portfolio baru akan dibuat dalam masa terdekat.
Menteri Besar Johor yang baru, Dr Sahruddin Jamal memaklumkan, beliau akan buat rombakan Exco dan mewujudkan portfolio baru dalam masa terdekat.
Ujar Dr Sahruddin, perkara itu akan dipercepatkan kerana mahu memastikan kelancaran pentabiran kerajaan negeri.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather