← Back to list
Tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena Aidilfitri dipanjangkan.
Apr 21, 2019
KPDNHEP akan panjangkan tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena Aidilfitri bermula Ramadan ini.
Kebiasaannya tempoh yang ditetapkan ialah 15 hari sebelum dan selepas 1 Syawal.
Bagaimanapun, tempoh itu akan dipanjangkan mulai tahun ini bagi memastikan tidak berlaku manipulasi atau kenaikan harga barang kawalan.
Kanak-kanak dan remaja 3 beradik yang dilaporkan hilang di Cheras, KL semalam selamat!
Salah seorang ahli keluarga memaklumkan NST, mereka ditemui oleh orang awam petang semalam di JB!
Setakat ini belum diketahui bagaimana 3 beradik yang berusia 7, 10 dan 15 tahun itu dijumpai beratus-ratus kilometer dari rumah mereka.
5 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman ekoran kes rasuah lindungi kesalahan pemandu lori.
SPRM tahan 22 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang berkaitan kes rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya dengan 5 sudah direman hari ini.
Tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan adalah 46 orang setakat ini.
Suruhanjaya itu juga memaklumkan, pengarah dan pengurusan tertinggi JPJ Pulau Pinang akan dipanggil bantu siasatan, jika perlu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather