← Back to list
Pasukan khas ditubuh untuk wujudkan sejuta peluang pekerjaan berkualiti buat belia.
Apr 22, 2019
Kerajaan serius dalam usaha atasi masalah pengangguran babitkan golongan belia di negara ini.
Justeru, satu pasukan khas ditubuh untuk pastikan sejuta peluang kerja berkualiti disediakan kepada golongan berkenaan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun ini.
Foto: Harian Metro
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, pasukan petugas itu dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan tangguh cadangan mansuh hukuman mati bagi semua kesalahan.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Viu Keong, ia ekoran masih ada beberapa isu berbangkit termasuk babit banduan akhir.
Sabah dijangka paling terjejas dengan fenomena El Nino yang diramal berlaku bulan depan.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan, purata hujan yang turun juga turut berkurangan berbanding tahun lalu.
Oleh itu pihaknya gesa masyarakat sama-sama cegah aktiviti pembakaran terbuka untuk mengurangkan pelepasan asap ke udara yang dikhuatiri menjejaskan kualiti udara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather