← Back to list
Petrol bersubsidi berpandukan data bersih terkini BSH, Gangguan bekalan air tidak dapat dielak, Pengajar sekolah memandu tidak beretika
Apr 22, 2019
Foto - Google
Pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan bergantung kepada secepat mana Sekretariat Bantuan Sara Hidup dapat mengemukakan data bersih terkini.
KPDNHEP berkata, Sekretariat BSH ketika ini sedang dalam proses melakukan pembersihan dan dalam fasa akhir.
Katanya, data itu amat diperlukan bagi memastikan hanya penerima yang layak dimasukkan dalam senarai.
Foto - Google
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berkata gangguan air di Lembah Klang, Rabu ini tidak dapat dielakkan.
Ini kerana langkah penambaikan dan baiki paip sudah lama dirancang Air Selangor dan SPAN.
Tambahnya ia juga bagi memastikan tidak timbul masalah air pada bulan puasa dan Aidilfitri.
Foto - Google
JPJ berkata, pihaknya mengesan ada tenaga pengajar sekolah memandu yang tidak beretika ketika menjalankan tugas.
Katanya, ada di antara mereka membiarkan pelatih memandu tanpa pengawasan, tidak memakai tali pinggang dan merokok ketika mengajar.
Empat buah kereta sebuah institut memandu di Klang dalam pada itu disista JPJ kerana biarkan calon memandu bersendirian di litar.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather