← Back to list
Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru.
May 02, 2019
Perdana Menteri sahkan, pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru!
Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib esok.
Nama Abdul Hamid pernah menjadi perbualan pada 2015 selepas buat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB.
Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette ditahan SPRM atas tuduhan rasuah.
Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di mahkamah esok.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu dilantik sebagai pengerusi Felcra pada 2013 dan meletak jawatan pada 2018 susulan kekalahan BN pada PRU-14, Mei tahun lalu.
Datuk Lat lancar aplikasi GG Komiks.
Tokoh kartunis, Datuk Lat lancar aplikasi GG Komiks yang membolehkan orang ramai muat turun karya tempatan majalah Gila-Gila.
Lebih menarik, aplikasi yang memuatkan 800 karya sejak majalah itu diterbitkan pada 1978, boleh didapati secara percuma di platform digital.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather