← Back to list
Semak status halal hotel tawar bufet Ramadan
May 03, 2019
Foto - Mypt3.com
Hotel-hotel di Pulau Pinang yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal digesa untuk tidak mengelirukan umat Islam dengan menawarkan pakej berbuka puasa.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula 6 Mei ini, banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa atas nama 'Bufet Ramadan'.
Foto - New Straits Times
Justeru beliau menasihatkan umat Islam supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan.
Pihaknya berharap, pengumuman ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas agar umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang dan menikmati hidangan berbuka puasa yang halal dan toyyibah.
Foto - Mypt3.com
Menurutnya, senarai hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang boleh disemak di laman sesawang http://www.halal.gov.my.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather