← Back to list
Peniaga di Kelantan boleh terus meniaga waktu solat tarawih
May 08, 2019
Foto - Kosmo
Peniaga premis makanan di Kelantan masih boleh meneruskan operasi antara pukul 8.30 malam hingga pukul 10 malam di bulan Ramadan seperti biasa.
Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan penutupan yang viral baru-baru ini sebenarnya masih lagi di peringkat pentabiran PBT.
Foto - Sinar Harian
Justeru katanya, tidak timbul soal menarik balik arahan tersebut kerana belum ada sebarang notis lagi dikeluarkan kepada peniaga.
Tambah Mohd Amar, PBT setiap kawasan akan menentukan perkara itu dengan melihat kaedah yang sesuai selain mengambil kira undang-undang negeri sebelum dilaksanakan.
Foto - Kosmo
Kerajaan negeri dalam pada itu katanya menghormati semua pandangan dan maklum balas yang diterima daripada semua pihak sejak surat arahan itu tular tiga hari lepas.
Beliau berharap semua pihak dapat melihat arahan tersebut dari sudut positif seperti mana arahan larangan merokok di kedai makan yang kuatkuasakan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather