← Back to list
Penjawat awam bakal terima bantuan khas Aidilfitri RM450!
May 17, 2019
Aidilfitri buat penjawat awam persekutuan pastinya akan disambut lebih meriah.
Ini selepas kerajaan pusat umum pemberian bantuan khas kewangan RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah.
Manakala 800,000 pesara kerajaan akan terima bantuan khas RM225 dan bayaran akan dilakukan pada 24 Mei ini.
Sementara itu, beruntung sungguh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA.
Ini kerana julung kalinya universiti itu akan agih sumbangan duit raya berjumlah hampir setengah juta ringgit kepada hampir 10,000 pelajarnya.
Semua pelajar akan terima RM50 seorang termasuk pelajar bukan muslim dan ia akan diagih minggu depan.
PTPTN berhasrat perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.
Sistem dan amalan bayaran balik terdahulu jadi punca PTPTN kini tanggung hutang RM40 bilion!
Justeru, tabung itu berhasrat perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.
PTPTN juga bercadang sekat peminjam daripada memperbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather