← Back to list
Bomba kenal pasti 9 lokasi ‘hotspot’ berisiko tinggi berlaku kejadian lemas
May 25, 2019
Foto - Kosmo!
Bomba kenal pasti 19 lokasi ‘hotspot’ yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas terutama pada musim cuti sekolah dan sambutan Aidilfitri bulan depan.
Antara lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kejadian lemas adalah Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan dan Pantai Puteri di Melaka, Air Terjun Sekayu di Terengganu dan Sungai Pertak di Selangor
Foto - Berita Harian
Lokasi itu berdasarkan data kejadian insiden mati lemas antaranya di sungai, air terjun, pantai dan tasik yang melebihi lima mangsa antara 2016 dan 2018.
Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya akan menempatkan sekurang-kurangnya satu pasukan di lokasi-lokasi terbabit untuk melakukan rondaan berkala.
Foto - BERNAMA
Selain itu, orang ramai akan diberi nasihat selain papan tanda amaran kepada pengunjung terutama di kawasan perkelahan dan dianggap ‘pro’ untuk berlaku kelemasan.
Pihak bomba juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan papan tanda amaran berbahaya di peta-peta lokasi di kawasan perkelahan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather