← Back to list
DBKL Setuju Peniaga Trak Makanan Berniaga Di Dataran Merdeka
May 30, 2019
DBKL bersetuju benarkan peniaga trak makanan, menjalankan perniagan di Jalan Raja bermula esok sehingga Selasa depan.
Ini selepas pihaknya adakan perbincangan dan peniaga bersetuju bayaran deposit sebanyak RM3,000.
Peniaga juga perlu patuh dengan syarat yang ditetapkan seperti menjaga kebersihan dan tidak membuang minyak masak secara suka hati.
Pulau Pinang Catat Pesakit Kanser Payudara Paling Tinggi
Pulau Pinang catat kadar kes kanser payudara tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia.
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kira-kira 50 kes direkodkan bagi setiap 100 ribu wanita di Pulau Pinang.
KL dan Putrajaya di tempat kedua dengan 42 kes bagi 100 ribu wanita.
MPAG Akui Silap Isu Kad Raya & Sampul Raya
Majlis Perbandaran Alor Gajah akui terdapat kesilapan dalam cetakan sampul dan kad raya miliknya.
Namun selepas menyedari kesilapan terbabit, pihaknya telahpun menolak cetakan tersebut dan tidak mengedarkannya.
Ia berkata demikian selepas cetakan sampul raya MPAG yang mempunyai imej khinzir, tular di laman sosial.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather