← Back to list
Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru
Jun 04, 2019
Peguam Hak Asasi Manusia, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi mengantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.
Beliau dilantik untuk tempoh dua tahun secara kontrak berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.
Perlantikannya turut mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong selaras dengan Akta SPRM.
Malah baginda memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya lebih awal.
BSN Wujudkan 350,000 Akaun Baru BSH 2019
Bank Simpanan Nasional telah mewujudkan kira-kira 350 ribu akaun baru secara automatik atas nama isteri pemohon Bantuan Sara Hidup.
Ini selepas terdapat penerima bantuan itu mendaftar nombor akaun yang salah.
Terdahulu, Kementerian Kewangan umumkan 3.6 juta isi rumah akan menerima BSH 2019.
Lebih 1,00 Parkir Disediakan Esok
Lebih 1,100 lot parkir kenderaan akan disediakan buat pengunjung untuk menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Putrajaya, esok.
Tempat parkir berkenaan disediakan di Kelab Tasik Putrajaya, kawasan luar Kompleks Seri Perdana dan Puspanitapuri.
Orang ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir itu boleh menggunakan perkhidmatan bas disediakan bermula jam 9.30 pagi, untuk ke lokasi majlis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather