← Back to list
Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru muktamad.
Jun 09, 2019
Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah muktamad!
Jelas Perdana Menteri, lantikan itu dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain sebelum ini.
Sementara itu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sokong keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelantikan itu.
Malah, beliau percaya Latheefa mampu melaksanakan tugasnya dengan baik.
Selangor catat jumlah kematian jalan raya tertinggi sepanjang Op Selamat dilancarkan.
Selangor catat jumlah kematian jalan raya tertinggi sepanjang 10 hari Op Selamat dilancarkan sempena Aidilfitri.
Menurut statistik polis, 28 kematian direkodkan di negeri itu diikuti 25 di Johor dan 18 di Perak.
Dalam perkembangan lain, PLUS berkata kenderaan berat dilarang memasuki semua lebuh raya bermula semalam dan hari ini bagi mengurangkan kesesakan.
Punca kematian 2 Orang Asli di Gua Musang dipercayai akibat jangkitan kuman paru-paru.
Jangkitan kuman di paru-paru dipercayai jadi punca kematian 2 Orang Asli suku kaum Batek di Gua Musang, baru baru ini.
Foto: Kosmo
Polis Kelantan berkata ramai lagi penduduk yang menghidap penyakit sama termasuk 31 orang yang sedang menerima rawatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather