← Back to list
Pembangunan Pasir Gudang tidak lestari
Jun 28, 2019
Pembangunan Pasir Gudang tidak lestari
Foto - Bernama
Pembangunan yang tidak lestari di Pasir Gudang beri kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ketiadaan zon penampan antara industri bahan kimia dengan kawasan sekolah dan perumahan mendedahkan penduduk kepada pelbagai risiko.
Katanya, pembangunan tidak lestari ini menyebabkan alam sekitar menjadi tepu dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara.
-----
Kes buang bayi semakin serius
Foto - thecoverage.my
Kes pembuangan bayi di negara ini semakin serius apabila 577 kes pembuangan bayi dicatatkan bagi tahun 2014 sehingga 2018.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara punca pembuangan bayi adalah kehamilan luar nikah dan kehamilan remaja.
Dalam pada itu, semua pintu tandas di RNR seluruh negara akan ditampal poster peringatan untuk mencegah berlaku kes pembuangan bayi.
-----
Tiada lagi lorong tambah nilai di AKLEH dan GCE
Foto - Bernama
Operasi lorong tambah nilai di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Koridor Guthrie dihentikan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Prolintas berkata, langkah itu bagi melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan pengguna yang beratur di lorong tersebut.
Justeru, pengguna dinasihat melakukan transaksi tambah nilai Touch ‘n Go di kiosk layan diri yang disediakan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather