← Back to list
3 lagi dibenar pulang, seorang masih dirawat susulan pencemaran udara di Pasir Gudang.
Jun 29, 2019
Seorang sahaja lagi masih dirawat
Foto : Bernama
Hanya seorang lagi pesakit yang masih dirawat di hospital akibat masalah sesak nafas gara-gara pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.
Exco negeri berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu kini dalam keadaan stabil.
Semalam, Kementerian Kesihatan mengesan kehadiran 3 jenis gas di kawasan berkenaan yang dipercayai mengakibatkan masalah kesihatan tersebut.
Foto : Awani
Sementara itu di Kuala Terengganu, seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke hospital.
Pengarah Kesihatan Negeri berkata wanita berusia 50 tahun itu mempunyai sejarah kontak dengan 2 lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak sebelum ini.
-----
Sistem subsidi petrol bersasar mungkin dilaksana tahun ini
Foto : Awani
Kerajaan optimis sistem subsidi petrol secara bersasar mampu dilaksanakan tahun ini!
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata pihaknya bersama Kementerian Kewangan sedang menyiapkan memo berhubung kajian pelaksanaan tersebut untuk dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.
Tambahnya, tarikh pelaksanaan sistem tersebut akan diumumkan selepas menerima pandangan dan persetujuan jemaah menteri.
-----
Azmin tiada akaun luar negara - SPRM
Foto - Awani
SPRM sahkan tiada akaun luar negara yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali seperti didakwa sesetengah pihak.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya juga berkata tiada sebarang transaksi meragukan ke akaun peribadi milik menteri terbabit.
Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam buat laporan kepada SPRM berhubung kedua-dua dakwaan tersebut yang dikaitkan dengan Datuk Seri Azmin.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather